Jenis Tatabahasa 2 (kata ganti nama)
*Kata Ganti Nama
~Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.Kata ganti nama dapat dibahagikan kepada 2 golongan:-
1)Kata ganti nama tunjuk
2)Kata ganti nama diri
1.Kata ganti nama tunjuk
-Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk.
-Contoh:1) ini(merujuk kepada sesuatu yang dekat)
2) itu(merujuk kepada sesuatu yang jauh)
2.Kata ganti nama diri
-kata ganti nama diri terbahagi kepada:-
i)kata ganti nama diri orang
ii)kata ganti nama diri tanya
i)Kata ganti nama diri orang
~merujuk kepada diri orang tertentu,iaitu orang pertama,orang kedua,orang ketiga.
a)orang pertama(saya,aku,kami,beta,patik,kita)
b)orang kedua(anda,engkau,awak,kamu)
c)orang ketiga(mereka,dia,beliau,baginda,-nya)
ii)Kata ganti nama diri tanya
a)apa-merujuk kepada benda atau perkara
b)siapa-merujuk kepadaorang
c)mana-merujuk kepada benda atau orang.
Comments
Post a Comment